MESIN PENETASAN @ INCUBATOR

menerima tempahan incubator

SEJARAH INDUK PUYUH YANG PERTAMA

Salam semua...

di sini lah bermulanya segala-galanya diantara aku dan puyuh ... ini lah induk puyuh jantan pendaging yang aku beli pada bulan 4 tahun 2009 kalau tak silap aku ..
bermula hanya tak sampai 20 ekor aku membela puyuh ini .. Memang perancangan awal aku nak dapat kan benih terlur yg subur.. so aku letak kan lah yg jantan dan betina sekali...

Ini lah rupa incubator aku yang pertama dulu... semua hasil titik peluh sendiri..

tak sia-sia usaha aku .. ini lah hasilnya... aku sendiri pun tak peraya... cuma pikir logik ....di mana .. setiap binatang yg mengawam pasti ada benih..


Baru menetas



baru kering bulu... dah pandai berjalan... umur 1 to 2 hari...


Umur 3 hari .. di letakan di dalam brooder dan di beri makan dan minum


Umur 5 to 7 hari  ready to sell



Anak puyuh umur 14 hari .. memang anak puyuh ni cepat membesar...

di mana untuk mencapai tahap matang hanya mengambil masa 56 hari 

  
ini lah rupa baka2 anak puyuh yg aku tetaskan .. aku sendiri pun tak tahu ..berapa berat purata puyuh dewasa ini ..
memang nak kena buat jugak untuk rekod sendiri...

Buat penternak-penternak kecil di luar sana.. usah lah takut... terus kan niat anda untuk berkecinpung dalam bidang ternakan puyuh ini ..
saya sendiri pun tak pernah menghadirkan di untuk mana2 kursus pun dalam bidang ternakan ini.. hanya belajar dari kesilapan  dan rajin2 lah membaca... dan bertanya...

Next projek ..

Di mana dgn keyakinan diri yg saya ada sekarang ni .. saya ingin mebesarkan ternakan puyuh saya ini .. tapak projek akan di buka di kampung halaman saya di CHINI  pahang...
di sana parents saya akan menjaga puyuh2 ini ...

segala usaha dan kajian saya selama ini .. akan saya pindah kan ke kampung.. lagi pun tanah 3 ekar kat belakang rumah tu tak di usahan kan ...

di mana di CHINI di jadi kan pusat penetasan.. dan perindukan ...

DI MANA ADA KEMAHUAN .. DI SITU PASTI ADA JALAN...

sabtu 13/2/2010
Pindah kan anak puyuh 200 ekor ke reban di CHINI

semua anak2 puyuh ini akan di jadikan induk.. kerana anak2 yg bersaiz jumbo sahaja yg di pilih .. di mana hanya telur2 yang bersaiz besar XXL sahaja di pilih untuk di tetaskan bagi mendapat anak2 puyuh yang bersaiz besar..


Pelbagai saiz telur puyuh ... hanya yang berkualiti sahaja akan di tetaskan ..
pemilihan dari segi saiz...warna...bentuk.. dan keadaan fizikal telur itu sendiri..




Next projek

PENTERNAKAN ARNAB




0 comments:

mutiara kata

mutiara kata

telur ayam sabung

REAL TIME TELUR ITIK MENETAS

telur ayam serama menetas